Sunday, October 28, 2007

WARISAN

Pergunungan Bukittinggi, Ranah Minang, di Sumatera Barat (SUMBAR), adalah daerah dari mana ramai Urang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu, mengikuti jejak Raja Mahmud, Raja Melewar, dari Pagar Ruyung, yang meraja'i takhta Negeri Sembilan pada 1773.


Urang Minang membawa kebudayaan ibunda mereka, yang telah merubah kehidupan Suku Melayu Asli, Proto Malay, Negeri Sembilan kepada sistem sosial budaya Minangkabau. termasuklah tata bahasa, adat, pakaian, budaya kerja dan bangunan rumah.



Kawasan perdaerahan yang dipilih oleh mereka untuk menapakkan kampungan mereka di Negeri Sembilan adalah kawasan tanah yang mirip menyerupai seperti tanah kampung yang mereka tinggalkan di Sumatera.




Ini adalah kawasan kawasan tanah dipersisiran bukit dengan anak sungai atau tenggair mengalir di pinggirnya. Suasana kampungan yang sungguh mengaman kan. Perkampungan Bukittinggi, Sumatera, yang diatas ini banyak mempunyai ciri ciri persamaan dalam persekitaran nya dengan kampung kampung di Negeri Sembilan, khusus nya di Rembau


Mereka juga memastikan kawasan perkampungan yang dipilih menjadi tapak perkampungan mempunyai lurah lurah bukit yang berpaya untuk dijadikan tanah sawah yang lebar lebar, sebagai menyambung tradisi menanam padi yang mereka bawa dari Sumatera



Melayu Proto Malay atau Sakai Jakun di Semenanjung waktu penghijrahan urang Minangkabau ini hanya tahu menanam padi bukit.


Kelebaran sawah bendang yang ditanam oleh pendatang Minangkabau ini merangkumi hingga kekaki kaki bukit sejauh mata memandang, hijau ketika baru mengubah, dan menguning ketika hampir menuai, menghidupkan suasana kedamaian yang hanya tinggal impian sekarang ini.



"Kampuang Nan Jauh di Mato.." It is strange that this song by Oslan Hussein should be popular di Kampung Senama. Mungkin yang jauh di mata yang di maksudkan ialah kampung asal di Pagar Ruyong dahulu....



In fact banyak lagu lagu keronchong yang diminati ketika itu adalah lagu lagu patriotik memuja kebesaran Republik Indonesia. Indonesia baru sahaja Merdeka ketika itu.

Dengarkan lah lagu nya...Takanang Ka Kampuang, Oslan Hussein



Ayam dan Itik bukan lah subject matter yang perlu di serenade di kampung. Tahi nya yang merata rata memang menyusahkan yang berkaki ayam. Tetapi lagu ni menjadi popular serta merta, mungkin oleh sebab loghat nya sekali lagi mengingatkan Kampung Senama kepada Tanah Seberang.

Dengarkan lah lagu nya: Ayam Den Lapeh

















WARISAN




Mengerjakan sawah bendang adalah nadi kehidupan tradisi orang kampung yang dibawa turun temurun dari nenek moyang. Inilah semangat padi, semangat sawah bendang dari tanah perut ibunda. Dari subuh hingga dzuhur, tubuh tubuh berkeringat dalam panahan matahari tegak membongkok bongkok ditengah tengah padi menghijau.




Bangsal bangsal usang menjadi tempat berteduh barang seketika dari terek matahari dan hujan dan meneguk air penghilang dahaga, dan di musim kerja banyak, untuk menjamah nasi upeh bekalan tengah hari kepada mereka yang rumah nya jauh dari bendang.









Adat Perpatih Matriak Minangkabau menonjolkan wanita dalam budaya kehidupan termasuklah aktiviti kerja sawah bendang. Terlebih ramai nya kaum ibu dibendang berbanding lelaki, yang kebanyakkan nya dihutan mencari kayu atau di ladang memotong getah atau melepak diwarong kopi membaca surat khabar.







Ini adalah pemandangan di bendang pada tahun 40an dahulu. Topi dari mengkuang, kepala dililit kain batik, baju dan sarung dari batik usang. Inilah pakaian seragam kesawah. Pakaian ini akan terdapat tersidai berselaput lumpur kering dimana mana tali ampaian kain di laman laman rumah.



Kaum lelaki yang dibendang membajak dengan bantuan kerbau atau lembu.




Kerbau adalah harta kemegahan sesuatu keluarga pesawah.



Sejarah Minangkabau adalah sejarah kemenangan pintar kerbau lapar nya yang bersenjatakan pisau ditanduk menyondol susu dan mendarahkan kerbau besar dari Jawa.



Kerbau mempunyai mandian sauna nya sendiri berkubang dimana mana ada lubuk.



Ada pepatah pepatah yang bertemakan kerbau, seperti 'mandi kerbau' dan 'akibat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit'.



Dan kerbau menikmati taraf penghormatan tinggi dalam masyarakat kampung termasuk lah laluan bebas dijalan raya dan kebun orang.




"Hi..Yooo...Silver...Away!!!"