Sunday, October 28, 2007

WARISAN




Mengerjakan sawah bendang adalah nadi kehidupan tradisi orang kampung yang dibawa turun temurun dari nenek moyang. Inilah semangat padi, semangat sawah bendang dari tanah perut ibunda. Dari subuh hingga dzuhur, tubuh tubuh berkeringat dalam panahan matahari tegak membongkok bongkok ditengah tengah padi menghijau.




Bangsal bangsal usang menjadi tempat berteduh barang seketika dari terek matahari dan hujan dan meneguk air penghilang dahaga, dan di musim kerja banyak, untuk menjamah nasi upeh bekalan tengah hari kepada mereka yang rumah nya jauh dari bendang.









Adat Perpatih Matriak Minangkabau menonjolkan wanita dalam budaya kehidupan termasuklah aktiviti kerja sawah bendang. Terlebih ramai nya kaum ibu dibendang berbanding lelaki, yang kebanyakkan nya dihutan mencari kayu atau di ladang memotong getah atau melepak diwarong kopi membaca surat khabar.







Ini adalah pemandangan di bendang pada tahun 40an dahulu. Topi dari mengkuang, kepala dililit kain batik, baju dan sarung dari batik usang. Inilah pakaian seragam kesawah. Pakaian ini akan terdapat tersidai berselaput lumpur kering dimana mana tali ampaian kain di laman laman rumah.



Kaum lelaki yang dibendang membajak dengan bantuan kerbau atau lembu.




Kerbau adalah harta kemegahan sesuatu keluarga pesawah.



Sejarah Minangkabau adalah sejarah kemenangan pintar kerbau lapar nya yang bersenjatakan pisau ditanduk menyondol susu dan mendarahkan kerbau besar dari Jawa.



Kerbau mempunyai mandian sauna nya sendiri berkubang dimana mana ada lubuk.



Ada pepatah pepatah yang bertemakan kerbau, seperti 'mandi kerbau' dan 'akibat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit'.



Dan kerbau menikmati taraf penghormatan tinggi dalam masyarakat kampung termasuk lah laluan bebas dijalan raya dan kebun orang.




"Hi..Yooo...Silver...Away!!!"

No comments: